Inspirasi Abadi
Wednesday, November 18, 2015
Tuesday, November 17, 2015
Friday, July 31, 2015
Harga Runtuh !!! Sokin Mesir Silvy Opaque Hanya RM8/pasang !!!
1.stokin silvy sandy Rm7/psg
2.stokin silvy opaque Rm10/psg (Tawaran Hebat Rm8/psg)
3.handsock wafi Rm7
4.handsock sofi Rm8
5.handsock wardah Rm11
6.handsock sofwah (pendek) Rm9
7.handsock sofwah (pnjg) Rm14
Tebal, selesa & tidak panas. Boleh digunakan untuk solat. Berminat? Sila sms/ WhatsApp saya di 013-6467533 smile emoticon
Friday, August 15, 2014
PENGHANTARAN PERCUMA BEKALAN PRODUK HPA DI SEKITAR BANGI, KAJANG, BANDAR SERI PUTRA & ABU BAKAR BAGINDA
- Dapatkan bekalan produk HPA di sekitar BANGI, KAJANG, BANDAR SERI PUTRA & ABU BAKAR BAGINDA.
- 100% produk bumiputra muslim.
- Produk akan dihantar ke lokasi anda.
- Kos penghantaran adalah PERCUMA !!!
- MUDAH, JIMAT, LAGI HALAL !
- Dapatkan juga bekalan produk AL-HADDAD, HALAGEL & AVAIL BEAUTY.
- Jika anda berminat, SMS ONLY ke 013-6467533. Terima kasih :)
- Sila rujuk senarai harga produk di sini :http://duniaherbahpa.com/2012/12/senarai-harga-produk-hpa-terkini-2012/
Friday, December 13, 2013
IQRA' HOME TUITION (Tuisyen di Rumah & Mengaji al-Quran di Rumah di Selangor & Kelantan)
INGIN BELAJAR TUISYEN & MENGAJI DI RUMAH UNTUK ANDA & KELUARGA
TERSAYANG??
Apa Manfaatnya???
+ Dibuat di rumah anda! Anda boleh menilai sendiri prestasi pembelajaran.
+ Pembelajaran FOKUS untuk anak anda, anda dan famili sahaja. Nak bertanya secara pesonal??? Kini lebih mudah.
+ Belajar secara SANTAI dan seronok..tidak perlu stress dan segan untuk bertanya
+ Minimum 1 jam, maksima 2 jam satu sesi
+ Masa FLEKSIBEL! Terpulang pada anda
+ Menjimatkan masa, tenaga dan kos pengangkutan! Anda tidak perlu menghantar anak anda ke kelas lagi.
+ Subjek disediakan mengikut permintaan. Pembelajaran mengikut keperluan anda!
+ REKOD rumusan pembelajaran dan perkembangan disediakan..Mudah monitor perkembangan
--------------
BERMINAT??
SMS @ WhatsApp "IQRA' HOME TUITION" _Nama_No Tel_Email_kawasan' ke 013-6467533
-----------------------------------------------------------------------------
Monday, September 16, 2013
ANALISIS SEBUAH LUKISAN
a)
Aliran
dan Gaya
Aliran
dan gaya merupakan teknik corak yang terhasil pada sesebuah karya dan akhirnya
menjadi identiti peneroka tersebut. Antara aliran dan gaya yang telah dipopularkan
ialah Impressionisme, Kiubisme, Realistik, Surrealisme dan Ekspressionis. Mengenai
projek kami pula, kami lebih memfokuskan gaya Realistik, Impressionisme, dan
Surrealisme dalam gaya kami.
Gaya
pertama yang kami fokuskan ialah gaya Realistik,
di mana ia tertumpu kepada gambaran manusia atau figure. Gaya ini diperkenalkan oleh Leonardo da Vinci dan juga
Norman Percevel Rockwell. Ini dapat dilihat kerana kedua-dua pelukis
antarabangsa tersebut banyak mengetengahkan gambaran manusia dalam karya
mereka. Dalam karya yang dihasilkan, kami menggunakan gambaran manusia sebagai
objek utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India yang mampu mewujudkan perpaduan
kaum dan turut menggambarkan konsep “1 Malaysia”.
Biodata
pelopor Gaya Realistik :
Pelukis
|
Leonardo
da Vinci
|
Norman
Rockwell
|
Nama
penuh
|
Leonardo
da Vinci
|
Norman
Percevel Rockwell
|
Tarikh
lahir
|
Lahir
pada 15 April 1542
|
Lahir
pada 3 Februari 1984
|
Tempat
lahir
|
Vinci
|
New
York
|
Impressionisme
merupakan gaya yang menceritakan tentang permandangan dan suasana sekitar yang
tertentu. Gaya ini pernah diketengahkan oleh Abdullah Ariff dan juga Vincent
Van Gogh. Ia adalah gaya kedua yang kami fokuskan dalam karya kami, iaitu
permandangan waktu senja dan juga suasana kawasan perkampungan. Memandangkan
skop lukisan kami bertempat di Malaysia, maka pemandangan dan suasana tersebut
amat sesuai untuk diaplikasikan dalam lukisan kami kerana ia terdapat di
Malaysia.
Gaya
yang terakhir ialah gaya Surrealisme
yang bermaksud sesuatu lukisan yang nampak pelik beserta suasana yang suram
dan objek-objek yang tidak diletak di
tempat yang sepatutnya atau berada di kedudukan yang tidak logik. Gaya ini dipopularkan
oleh Salvador Dali, Dorothea Tanning, Remedios Varo dan ramai lagi. Lukisan kami
turut dicalit sedikit gaya Surrealisme iaitu pada gambaran yang terdapat di
bahagian sudut kanan atas lukisan. Kami ingin memaparkan imbauan tentang
sejarah hitam yang pernah berlaku di Malaysia apabila kita dijajah oleh bangsa
lain. Sekiranya perpaduan antara rakyat Malaysia semakin lesap, tidak mustahil negara
kita mampu dijajah sekali lagi oleh negara lain. Perpaduan sememangnya adalah
asas kepada kemakmuran negara.
Biodata pelopor
Surrealisme:
Pelukis
|
Salvador Dali
|
Dorothea Tanning
|
Nama penuh
|
Salvador Domingo Felipe Jacinto Dali I
Domenech
|
Dorothea Tanning
|
Tarikh lahir
|
11 Mei 1904
|
25 Ogos 1910
|
Tempat lahir
|
Catalina, Sepanyol
|
Galesburg, Illionois
|
Tarikh Meninggal
|
23 Januari 1989 ( 84 tahun)
|
-
|
b)
Tajuk
Dalam
karya kami ini, secara jelas terdapat kontra antara 2 situasi yang digambarkan.
Pertamanya adalah situasi atau suasana yang penuh keceriaan pada gambaran
gabungan kanak-kanak pelbagai bangsa. Keduanya adalah suasana yang penuh
kesuraman pada gambaran kekejaman penjajah. Di sini kami ingin menerangkan
secara tersirat bahawa jika perpaduan tidak dicapai seperti maksud gambaran
pertama itu, tidak mustahil maksud gambaran kedua akan berulang kembali, iaitu sejarah
pahit penjajahan negara luar ke atas Malaysia atau kekacauan sewaktu peristiwa
berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Dengan ini, kami memberikan karya kami
tajuk “Demi Keamanan” untuk menyatakan tujuan utama perpaduan ini harus digapai
bersama, yakni agar keamanan akan terus dapat dinikmati selamanya.
c)
Tema
Secara
keseluruhannya, lukisan kami mempunyai 6 tema utama iaitu Perpaduan, Keagamaan,
Alam, Pembangunan, Sejarah dan akhirnya Kebudayaan.
Tema
pertama yang kami tonjolkan ialah Perpaduan, iaitu pada gambaran 3 orang
kanak-kanak daripada 3 kaum utama ; Melayu, Cina dan India yang sedang bermain
congkak. Pada masa yang sama, congkak tersebut adalah di bawah tema Kebudayaan,
di mana ia merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu. Di sini, kami
ingin memaparkan kemesraan yang terjalin antara 3 kaum utama ini di mana mereka
dapat bersama sebagai rakan sepermainan biarpun mereka mempunyai latar
kehidupan yang berbeza sebagai 3 kaum yang berlainan. Niat kami adalah agar
sikap ini turut dapat diaplikasikan kepada golongan dewasa dalam aspek
pekerjaan dan urusan kehidupan seharian.
Seterusnya
adalah tema Keagamaan, di mana kami tampilkan melalui gambaran masjid serta
seorang dewasa yang berperwatakan sopan sedang memerhati kanak-kanak tersebut
bermain. Keagamaan sebenarnya mewakili keseluruhan agama yang ada di Malaysia,
cuma kami menumpukan masjid serta orang berserban sebagai simbol agama Islam
adalah kerana agama Islam merupakan agama utama di Malaysia. Kehadiran pemuda
alim tersebut juga adalah sebagai simbolik bahawa kita memerlukan kekuatan
belia yang berkualiti, berakhlak mulia dan tinggi nilai rohaninya dalam memberi
panduan kepada generasi seterusnya serta membawa harapan agar orang yang
berkeperibadian seperti itulah yang akan memimpin Malaysia ke arah kemajuan
secara holistik seiring dengan keteguhan perpaduan.
Tema
yang keempat adalah tema Alam, yang diwakili oleh burung-burung yang
berterbangan (unsur fauna), hutan serta pokok kelapa (unsur flora) dan latar rumput
hijau pada waktu petang. Pada kami, waktu ini sesuai dengan situasi kanak-kanak
yang sedang bermain congkak kerana kebiasaannya di Malaysia, waktu petanglah
kanak-kanak akan keluar bermain bersama rakan-rakan. Selain permainan tradisi,
kanak-kanak lain juga kebanyakannya suka bersiar-siar dengan menaiki basikal.
Dalam karya ini kami tampilkan aktiviti itu pada kanak-kanak berbangsa India,
yang sedang leka memerhati kanak-kanak Cina dan Melayu bermain congkak. Kami
‘meletakkan’ basikal di belakangnya, sebagai gambaran bahawa dia sebenarnya
sedang bersiar-siar sambil menaiki basikal sebelum dia tertarik untuk singgah
sebentar di kawasan permainan congkak itu.
Kami
turut menyelitkan tema Pembangunan dalam karya kami, di mana kami gambarkannya
pada bangunan KLCC. Kami tidak menggunakan bangunan lain kerana bangunan ini
sememangnya telah menjadi mercu-tanda Malaysia yang utama dan simbolik
pembinaannya juga turut menggambarkan kemajuan pembangunan era moden di mana ia
pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ia dipintas bangunan dari
negara Jepun. Kemajuan teknologi pula kami gambarkan pada pemuda alim yang
sedang memegang telefon bimbit. Kami mengharapkan disebalik kemajuan dari sudut
kebendaan ini, kemajuan dari sudut perpaduan dan kerohanian akan turut
tercapai.
Tema
yang terakhir adalah tema Sejarah, yang telah kami paparkan pada sudut kanan
atas karya kami. Lukisan tersebut menggambarkan seorang ibu sedang memeluk
anaknya di mana mereka berdua sedang berada dalam ketakutan ketika berhadapan
dengan askar penjajah. Ini merupakan simbol mengenai suasana masyarakat
dahulukala yang kacau bilau sebelum kemerdekaan dicapai di mana penjajahan dan
penaklukan dari negara luar berlaku disebabkan perpecahan masyarakat Malaysia
pada masa itu. Bahagian ini kami warnakan mengikut gaya surrealisme bagi
menggambarkan kesuraman suasana ketika itu yang tidak aman. Pada bahagian
inilah kami ingin membawa masyarakat memikirkan apa akan berlaku jika perpaduan
tidak dicapai.
Sunday, April 7, 2013
SEJAUH MANAKAH BABY HATCH MAMPU MENGATASI KES BUANG BAYI?
· Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) adalah satu tempat yg menempatkan bayi utk dijaga dan dilindungi drpd dibuang dan dibiarkan di tempat yg tidak selamat.
· Kebiasaannya dlm peti tersebut disediakan katil kecil,alat pengesan dan suhu yg sesuai.
· 1198- Pertama kalinya ia diperkenalkan di Itali. Kemudian diikuti oleh German, Perancis, Brazil, Portugal, London, Britain, Ireland, Jepun, Pakistan dll.
· Abad ke20- Ia menjadi satu fenomena biasa.
1.2 LATAR BELAKANG PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN DI MALAYSIA
· 29/5/2010-Rentetan drpd gejala buang bayi yg semakin meningkat, OrphanCARE melancarkan Baby Hatch yg pertama di Malaysia. Ia beroperasi 24 jam di premis pusat tersebut.
· Ia mendapat kerjasama yg baik drpd Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
· Sehingga kini sudah terdapat 9 pusat yg menyediakan Baby Hatch di seluruh Malaysia. KPWKM bercadang mewujudkan Baby Hatch di setiap hospital kerajaan di seluruh negara.
1.3 TUJUAN PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN
· mengurangkan bilangan bayi yg ditinggalkan di tempat yg tidak selamat sekaligus menyelamatkan nyawa bayi tersebut.
· menggalakkan lagi ibu-ibu yg melahirkan anak luar nikah utk menempatkan bayi mereka ke dlm peti tersebut yg memberi jaminan keselamatan dan penjagaan yg baik kpd bayi mereka drpd meninggalkan bayi mereka di tempat yg tidak selamat atau membunuh bayi mereka.
· bayi tersebut akan diserahkan kpd keluarga angkat yg mampu memberikan kehidupan yg lbh baik kpd bayi tersebut.
1.4 UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA BERKENAAN KES BUANG BAYI DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA
· 13/8/2010, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sbg kes bunuh atau percubaan membunuh. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
· Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian Iv - Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan:-
1-Seksyen 23. Persetubuhan Luar Nikah: denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
2-Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan utk melakukan persetubuhan luar nikah: denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
1.5 PERBAHASAN SYARA’ BERKENAAN PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN
1.5.1 Hubungkait dengan Maqasid Syariah
1. Menjaga agama atau pegangan manusia.
Jika berlaku serangan Kristianisasi dlm penubuhan Baby Hatch, maka Baby Hatch di bawah organisasi Islam perlu diwujudkan bg menjaga akidah Islamiah bayi tersebut.
2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia.
Bayi yg dibuang akan menyebabkan kematian sekiranya dibiarkan dan tidak dijaga. Oleh itu, syariat menggariskan bahawa hukum menjaganya adalah fardhu kifayah.
1.5.2 Beberapa Perkara yang Bercanggah dengan Maqasid Syariah
1- Pemimpin yg tdk melaksanakan hukum hudud sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak luar nikah hasil drpd jenayah zina.
Hukuman bagi semua jenayah hudud dinamakan hukum had iaitu hukuman yang ditetapkan sebagai hak Allah atau hukuman yang ditetapkan bagi kepentingan awam. Maksud hak Allah ialah hukuman ini tidak boleh diampunkan oleh sesiapapun sama ada mangsa jenayah itu sendiri, keluarganya ataupun masyarakat awam. Hukuman ini adalah tetap, tidak boleh diubah atau ditukar ganti dengan hukuman lain serta tidak boleh ditokok tambah. Hukuman hudud ini dikenakan terhadap tujuh kesalahan jenayah iaitu zina, qazaf (tuduhan berzina tanpa empat orang saksi), minum arak ataupun minuman yang memabukkan, mencuri, merompak, murtad dan menderhaka kepada pemerintah Islam yang adil.
Dalam Islam, bagi jenayah zina, hukuman yang dikenakan bagi pesalah muhsan (baligh,berakal waras, merdeka dan pernah melakukan jimak dengan nikah yang sah) ialah rejam dengan anak batu sehingga pesalah itu meninggal. Ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya hadis no. 6327.
Allah Taala dalam surah al-Nuur ayat kedua:
èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( wur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ÌÅzFy$# ( ôpkô¶uø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ
Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak luar nikah hasil daripada jenayah zina telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pemimpin.
2- Menyokong pimpinan yg tdk melaksanakan hudud. Allah SWT melarang manusia drpd menyokong org yg melakukan kezaliman iaitu org yg tdk menghukum dgn apa yg tlh diturunkan Allah.
Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak melaksanakan Islam juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak melaksanakan hukum hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan firman Allah :
!$¯RÎ) $uZø9tRr& sp1uöqG9$# $pkÏù Wèd ÖqçRur 4 ãNä3øts $pkÍ5 cqÎ;¨Y9$# tûïÏ%©!$# (#qßJn=ór& tûïÏ%©#Ï9 (#rß$yd tbqÏY»/§9$#ur â$t6ômF{$#ur $yJÎ/ (#qÝàÏÿósçGó$# `ÏB É=»tFÏ. «!$# (#qçR%2ur Ïmøn=tã uä!#ypkà 4 xsù (#âqt±÷s? }¨$¨Y9$# Èböqt±÷z$#ur wur (#rçtIô±n@ ÓÉL»t$t«Î/ $YYyJrO WxÎ=s% 4 `tBur óO©9 Oä3øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÍÍÈ [1]
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi. Dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Dalam surah al-Maidah ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq” yang ditujukan kepada pemimpin yang tidak melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.
Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan kezaliman. Firman Allah SWT :
wur (#þqãZx.ös? n<Î) tûïÏ%©!$# (#qßJn=sß ãNä3¡¡yJtGsù â$¨Y9$# $tBur Nà6s9 `ÏiB Èbrß «!$# ô`ÏB uä!$uÏ9÷rr& ¢OèO w crç|ÇZè? ÇÊÊÌÈ [2]
Maksudnya: dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
3- Mereka yg berdiam diri drpd menegur pemimpin yg tdk melaksanakan hudud.
Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan hudud juga telah bercanggah dengan syariat Islam kerana mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :
¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqßJçFõ3t !$tB $uZø9tRr& z`ÏB ÏM»uZÉit7ø9$# 3yçlù;$#ur .`ÏB Ï÷èt/ $tB çm»¨Y¨t/ Ĩ$¨Z=Ï9 Îû É=»tGÅ3ø9$# y7Í´¯»s9'ré& ãNåkß]yèù=t ª!$# ãNåkß]yèù=tur cqãZÏ軯=9$# ÇÊÎÒÈ [3]
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
4- Mereka yg berzina.
Islam menjaga keturunan manusia iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Oleh itu, Islam mengharamkan apa jua perkara yang boleh memudaratkan keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti berzina, liwat, lesbian, bercakap lucah, melihat perkara yang haram, mendedahkan aurat dan seumpamanya[4]. Oleh itu, mereka yang berzina bercanggah dengan maqasid syariah kerana perbuatan zina telah merosakkan kesucian keturunan dan menjatuhkan maruah individu tersebut. Firman Allah Taala:
Maksudnya: dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
5- Mereka yg menggugurkan kandungan tanpa sebab-sebab yg diharuskan, membunuh bayi atau membuang bayi.
Mereka yang menggugurkan kandungan yang berumur lebih daripada 120 hari tanpa sebab-sebab yang diharuskan, maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan maqasid syariah dari aspek menjaga jiwa dan nyawa.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbahasan daripada maqasid syariah di atas ialah Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) yang diwujudkan oleh mana-mana organisasi adalah bertepatan dengan syariat yang merupakan keperluan manusia. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membenteras gejala zina dan pembuangan anak luar nikah. Bahkan, terdapat kewajipan yang lebih penting berbanding mewujudkan Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) ini.
1.5.3 Fiqh Muwazzanat dalam Perbahasan Ini
· Menjaga nyawa seseorang lbh penting drpd memikirkan kemungkinan zina lbh berleluasa disebabkan kewujudan Baby Hatch. Ini kerana, kepentingan itu dilihat lbh besar berbanding kerosakan yg mendatang. Oleh itu, Baby Hatch perlu diwujudkan.
· Kerosakan yg kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dgn hukuman hudud. Maka, melantik pemimpin yg melaksanakan hukuman Islam termasuklah hukuman hudud itu lebih utama berbanding mewujudkan Baby Hatch.
o إذا تعارض واجبتان فإنه يقدم الآكد منها وجوبا
· Menjadi satu kewajipan bagi kita semua utk memperjuangkan pemimpin yg akan melaksanakan Islam. Satu-satunya cara yg ada skrg utk melantik pemimpin ialah melalui pilihanraya. Maka, mengundi semasa pilihanraya adalah wajib.
o ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
· Mencegah maksiat lbh besar, lebih diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat tidak melaksanakan hukuman hudud lebih wajib daripada mencegah maksiat zina atau buang anak.
o إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا باءرتكاب أخفهما
· Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dlm penubuhan Baby Hatch ini, maka Baby Hatch di bawah organisasi Islam perlu diwujudkan. Ini kerana menyelamatkan akidah dan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.
· Penubuhan pusat yg mewujudkan Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) ini adalah merupakan perkara yang diperlukan segera.
o الواجب الذي ليس له وقت محدد يحب المبادرة إلى فعله
1.6 KESIMPULAN
· Kesimpulan yg dpt dibuat di sini ialah keutamaan yg perlu diutamakan terlebih dahulu ialah melantik pimpinan yg melaksanakan hukum-hakam Islam demi memastikan maqasid syariah terpelihara. Maka, utk melantik pemimpin seperti ini memerlukan kpd sistem gerakan Islam yg tersusun. Maka, wajib bg setiap individu muslim utk bersama dgn gerakan Islam yg berjuang utk menaikkan pimpinan Islam demi meninggikan Islam.
· Kemudian, barulah difikirkan utk mewujudkan Baby Hatch yg diperbahaskan di sini iaitu yg selari dengan maqasid syariah. Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka, ia perlu dilakukan sekaligus tanpa mengabaikan salah satu drpdnya kerana semuanya adalah penting.
RUJUKAN
· al-Qur’an al-Karim
· Alwi Abdul Rahman. 1999. Jenayah Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
· Basri bin Ibrahim dan Zulkifli bin Mohammad. 2011. Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis. Batu Caves, Selangor: al-Hidayah Publication.
· Keputusan Fatwa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
· Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali al-Sharbaji. 2011. al-Fiqh al-Manhaji Mazhab Syafie. Jil 3. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
· al-Suyuti, Jalal al-Din. 2010. al-Ashbah wa al-Nazair. Terj.Abu Ezzat al-Mubarak. Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi’i. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
· Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab. 2011. Maqasid Syariah: Cabaran dan Penyelesaian dalam Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
· http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Original [12.38 pm, 25 Dis 2012].
· http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/baby-hatch-dicadang-diwujud di-semua-hospital-kerajaan-1.63937 [11.11 am,2 Okt 2012]
[1] al-Qur’an. al-Maidah 5: 44.
[2] al-Qur’an.al-Huud 11: 113
[3] al-Qur’an. al-Baqarah 2: 159.
[4] Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, 2011, hlm. 37-39.
[5] al-Qur’an. al-Isra’ 17: 32.
[6] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : 16-17.
[7] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-menggugurkan-kandungan-mangsa-yang-dirogol [ 10.35 am, 24 Dis 2012].
[8] http://alkhatab.tripod.com/bahibab3qisasfasal2per110111ampfasal3per1124 [12.40 pm, 24 Dis 2012].
UNDIAN ANDA PENENTU MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG.
BUATLAH UNDIAN YANG TEPAT DEMI KESEJAHTERAAN ANAK CUCU ANDA JUA..
UNDIAN ANDA PENENTU MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG.
BUATLAH UNDIAN YANG TEPAT DEMI KESEJAHTERAAN ANAK CUCU ANDA JUA..
Subscribe to:
Posts (Atom)