a)
Aliran
dan Gaya
Aliran
dan gaya merupakan teknik corak yang terhasil pada sesebuah karya dan akhirnya
menjadi identiti peneroka tersebut. Antara aliran dan gaya yang telah dipopularkan
ialah Impressionisme, Kiubisme, Realistik, Surrealisme dan Ekspressionis. Mengenai
projek kami pula, kami lebih memfokuskan gaya Realistik, Impressionisme, dan
Surrealisme dalam gaya kami.
Gaya
pertama yang kami fokuskan ialah gaya Realistik,
di mana ia tertumpu kepada gambaran manusia atau figure. Gaya ini diperkenalkan oleh Leonardo da Vinci dan juga
Norman Percevel Rockwell. Ini dapat dilihat kerana kedua-dua pelukis
antarabangsa tersebut banyak mengetengahkan gambaran manusia dalam karya
mereka. Dalam karya yang dihasilkan, kami menggunakan gambaran manusia sebagai
objek utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India yang mampu mewujudkan perpaduan
kaum dan turut menggambarkan konsep “1 Malaysia”.
Biodata
pelopor Gaya Realistik :
Pelukis
|
Leonardo
da Vinci
|
Norman
Rockwell
|
Nama
penuh
|
Leonardo
da Vinci
|
Norman
Percevel Rockwell
|
Tarikh
lahir
|
Lahir
pada 15 April 1542
|
Lahir
pada 3 Februari 1984
|
Tempat
lahir
|
Vinci
|
New
York
|
Impressionisme
merupakan gaya yang menceritakan tentang permandangan dan suasana sekitar yang
tertentu. Gaya ini pernah diketengahkan oleh Abdullah Ariff dan juga Vincent
Van Gogh. Ia adalah gaya kedua yang kami fokuskan dalam karya kami, iaitu
permandangan waktu senja dan juga suasana kawasan perkampungan. Memandangkan
skop lukisan kami bertempat di Malaysia, maka pemandangan dan suasana tersebut
amat sesuai untuk diaplikasikan dalam lukisan kami kerana ia terdapat di
Malaysia.
Gaya
yang terakhir ialah gaya Surrealisme
yang bermaksud sesuatu lukisan yang nampak pelik beserta suasana yang suram
dan objek-objek yang tidak diletak di
tempat yang sepatutnya atau berada di kedudukan yang tidak logik. Gaya ini dipopularkan
oleh Salvador Dali, Dorothea Tanning, Remedios Varo dan ramai lagi. Lukisan kami
turut dicalit sedikit gaya Surrealisme iaitu pada gambaran yang terdapat di
bahagian sudut kanan atas lukisan. Kami ingin memaparkan imbauan tentang
sejarah hitam yang pernah berlaku di Malaysia apabila kita dijajah oleh bangsa
lain. Sekiranya perpaduan antara rakyat Malaysia semakin lesap, tidak mustahil negara
kita mampu dijajah sekali lagi oleh negara lain. Perpaduan sememangnya adalah
asas kepada kemakmuran negara.
Biodata pelopor
Surrealisme:
Pelukis
|
Salvador Dali
|
Dorothea Tanning
|
Nama penuh
|
Salvador Domingo Felipe Jacinto Dali I
Domenech
|
Dorothea Tanning
|
Tarikh lahir
|
11 Mei 1904
|
25 Ogos 1910
|
Tempat lahir
|
Catalina, Sepanyol
|
Galesburg, Illionois
|
Tarikh Meninggal
|
23 Januari 1989 ( 84 tahun)
|
-
|
b)
Tajuk
Dalam
karya kami ini, secara jelas terdapat kontra antara 2 situasi yang digambarkan.
Pertamanya adalah situasi atau suasana yang penuh keceriaan pada gambaran
gabungan kanak-kanak pelbagai bangsa. Keduanya adalah suasana yang penuh
kesuraman pada gambaran kekejaman penjajah. Di sini kami ingin menerangkan
secara tersirat bahawa jika perpaduan tidak dicapai seperti maksud gambaran
pertama itu, tidak mustahil maksud gambaran kedua akan berulang kembali, iaitu sejarah
pahit penjajahan negara luar ke atas Malaysia atau kekacauan sewaktu peristiwa
berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Dengan ini, kami memberikan karya kami
tajuk “Demi Keamanan” untuk menyatakan tujuan utama perpaduan ini harus digapai
bersama, yakni agar keamanan akan terus dapat dinikmati selamanya.
c)
Tema
Secara
keseluruhannya, lukisan kami mempunyai 6 tema utama iaitu Perpaduan, Keagamaan,
Alam, Pembangunan, Sejarah dan akhirnya Kebudayaan.
Tema
pertama yang kami tonjolkan ialah Perpaduan, iaitu pada gambaran 3 orang
kanak-kanak daripada 3 kaum utama ; Melayu, Cina dan India yang sedang bermain
congkak. Pada masa yang sama, congkak tersebut adalah di bawah tema Kebudayaan,
di mana ia merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu. Di sini, kami
ingin memaparkan kemesraan yang terjalin antara 3 kaum utama ini di mana mereka
dapat bersama sebagai rakan sepermainan biarpun mereka mempunyai latar
kehidupan yang berbeza sebagai 3 kaum yang berlainan. Niat kami adalah agar
sikap ini turut dapat diaplikasikan kepada golongan dewasa dalam aspek
pekerjaan dan urusan kehidupan seharian.
Seterusnya
adalah tema Keagamaan, di mana kami tampilkan melalui gambaran masjid serta
seorang dewasa yang berperwatakan sopan sedang memerhati kanak-kanak tersebut
bermain. Keagamaan sebenarnya mewakili keseluruhan agama yang ada di Malaysia,
cuma kami menumpukan masjid serta orang berserban sebagai simbol agama Islam
adalah kerana agama Islam merupakan agama utama di Malaysia. Kehadiran pemuda
alim tersebut juga adalah sebagai simbolik bahawa kita memerlukan kekuatan
belia yang berkualiti, berakhlak mulia dan tinggi nilai rohaninya dalam memberi
panduan kepada generasi seterusnya serta membawa harapan agar orang yang
berkeperibadian seperti itulah yang akan memimpin Malaysia ke arah kemajuan
secara holistik seiring dengan keteguhan perpaduan.
Tema
yang keempat adalah tema Alam, yang diwakili oleh burung-burung yang
berterbangan (unsur fauna), hutan serta pokok kelapa (unsur flora) dan latar rumput
hijau pada waktu petang. Pada kami, waktu ini sesuai dengan situasi kanak-kanak
yang sedang bermain congkak kerana kebiasaannya di Malaysia, waktu petanglah
kanak-kanak akan keluar bermain bersama rakan-rakan. Selain permainan tradisi,
kanak-kanak lain juga kebanyakannya suka bersiar-siar dengan menaiki basikal.
Dalam karya ini kami tampilkan aktiviti itu pada kanak-kanak berbangsa India,
yang sedang leka memerhati kanak-kanak Cina dan Melayu bermain congkak. Kami
‘meletakkan’ basikal di belakangnya, sebagai gambaran bahawa dia sebenarnya
sedang bersiar-siar sambil menaiki basikal sebelum dia tertarik untuk singgah
sebentar di kawasan permainan congkak itu.
Kami
turut menyelitkan tema Pembangunan dalam karya kami, di mana kami gambarkannya
pada bangunan KLCC. Kami tidak menggunakan bangunan lain kerana bangunan ini
sememangnya telah menjadi mercu-tanda Malaysia yang utama dan simbolik
pembinaannya juga turut menggambarkan kemajuan pembangunan era moden di mana ia
pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum ia dipintas bangunan dari
negara Jepun. Kemajuan teknologi pula kami gambarkan pada pemuda alim yang
sedang memegang telefon bimbit. Kami mengharapkan disebalik kemajuan dari sudut
kebendaan ini, kemajuan dari sudut perpaduan dan kerohanian akan turut
tercapai.
Tema
yang terakhir adalah tema Sejarah, yang telah kami paparkan pada sudut kanan
atas karya kami. Lukisan tersebut menggambarkan seorang ibu sedang memeluk
anaknya di mana mereka berdua sedang berada dalam ketakutan ketika berhadapan
dengan askar penjajah. Ini merupakan simbol mengenai suasana masyarakat
dahulukala yang kacau bilau sebelum kemerdekaan dicapai di mana penjajahan dan
penaklukan dari negara luar berlaku disebabkan perpecahan masyarakat Malaysia
pada masa itu. Bahagian ini kami warnakan mengikut gaya surrealisme bagi
menggambarkan kesuraman suasana ketika itu yang tidak aman. Pada bahagian
inilah kami ingin membawa masyarakat memikirkan apa akan berlaku jika perpaduan
tidak dicapai.
No comments:
Post a Comment