Sunday, April 7, 2013

SEJAUH MANAKAH BABY HATCH MAMPU MENGATASI KES BUANG BAYI?


1.1              PENGENALAN

·                     Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) adalah satu tempat yg menempatkan bayi utk dijaga dan dilindungi drpd dibuang dan dibiarkan di tempat yg tidak selamat.
·                     Kebiasaannya dlm peti tersebut disediakan katil kecil,alat pengesan dan suhu yg sesuai.
·                     1198- Pertama kalinya ia diperkenalkan di Itali. Kemudian diikuti oleh German, Perancis, Brazil, Portugal, London, Britain, Ireland, Jepun, Pakistan dll.
·                     Abad ke20- Ia menjadi satu fenomena biasa.

1.2       LATAR BELAKANG PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN DI MALAYSIA
·                     29/5/2010-Rentetan drpd gejala buang bayi yg semakin meningkat, OrphanCARE melancarkan Baby Hatch yg pertama di Malaysia. Ia beroperasi 24 jam di premis pusat tersebut.
·                     Ia mendapat kerjasama yg baik drpd Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
·                     Sehingga kini sudah terdapat 9 pusat yg menyediakan Baby Hatch di seluruh Malaysia. KPWKM bercadang mewujudkan Baby Hatch di setiap hospital kerajaan di seluruh negara.

1.3         TUJUAN PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN

·                     mengurangkan bilangan bayi yg ditinggalkan di tempat yg tidak selamat sekaligus menyelamatkan nyawa bayi tersebut.
·                     menggalakkan lagi ibu-ibu yg melahirkan anak luar nikah utk menempatkan bayi mereka ke dlm peti tersebut yg memberi jaminan keselamatan dan penjagaan yg baik kpd bayi mereka drpd meninggalkan bayi mereka di tempat yg tidak selamat atau membunuh bayi mereka.
·                     bayi tersebut  akan diserahkan kpd keluarga angkat yg mampu memberikan kehidupan yg lbh baik kpd bayi tersebut.

1.4    UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA BERKENAAN KES BUANG BAYI DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA
·                     13/8/2010, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sbg kes bunuh atau percubaan membunuh. Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

·                     Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Bahagian Iv - Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesusilaan:-

1-Seksyen 23. Persetubuhan Luar Nikah: denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

2-Seksyen 24. Perbuatan sebagai persediaan utk melakukan persetubuhan luar nikah: denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

1.5 PERBAHASAN SYARA’ BERKENAAN PETI PELINDUNG BAYI (BABY HATCH) DIWUJUDKAN
1.5.1    Hubungkait dengan Maqasid Syariah
1. Menjaga agama atau pegangan manusia.
Jika berlaku serangan Kristianisasi dlm penubuhan Baby Hatch, maka Baby Hatch di bawah organisasi Islam perlu diwujudkan bg menjaga akidah Islamiah bayi tersebut.
2. Menjaga nyawa atau jiwa manusia.
Bayi yg dibuang akan menyebabkan kematian sekiranya dibiarkan dan tidak dijaga. Oleh itu, syariat menggariskan bahawa hukum menjaganya adalah fardhu kifayah.

1.5.2    Beberapa Perkara yang Bercanggah dengan Maqasid Syariah
1- Pemimpin yg tdk melaksanakan hukum hudud sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak luar nikah hasil drpd jenayah zina.
Hukuman bagi semua jenayah hudud dinamakan hukum had iaitu hukuman yang ditetapkan sebagai hak Allah atau hukuman yang ditetapkan bagi kepentingan awam. Maksud hak Allah ialah hukuman ini tidak boleh diampunkan oleh sesiapapun sama ada mangsa jenayah itu sendiri, keluarganya ataupun masyarakat awam. Hukuman ini adalah tetap, tidak boleh diubah atau ditukar ganti dengan hukuman lain serta tidak boleh ditokok tambah. Hukuman hudud ini dikenakan terhadap tujuh kesalahan jenayah iaitu zina, qazaf (tuduhan berzina tanpa empat orang saksi), minum arak ataupun minuman yang memabukkan, mencuri, merompak, murtad dan menderhaka kepada pemerintah Islam yang adil.

Dalam Islam, bagi jenayah zina, hukuman yang dikenakan bagi pesalah muhsan (baligh,berakal waras, merdeka dan pernah melakukan jimak dengan nikah yang sah) ialah rejam dengan anak batu sehingga pesalah itu meninggal. Ini berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab Sahihnya hadis no. 6327.

Allah Taala dalam surah al-Nuur ayat kedua:

èpuÏR#¨9$# ÎT#¨9$#ur (#rà$Î#ô_$$sù ¨@ä. 7Ïnºur $yJåk÷]ÏiB sps($ÏB ;ot$ù#y_ ( Ÿwur /ä.õè{ù's? $yJÍkÍ5 ×psùù&u Îû ÈûïÏŠ «!$# bÎ) ÷LäêZä. tbqãZÏB÷sè? «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# ( ôpkôuŠø9ur $yJåku5#xtã ×pxÿͬ!$sÛ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ÇËÈ  

Maksudnya: Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Pemimpin yang tidak melaksanakan hukum hudud sehingga menyebabkan banyaknya berlaku pembuangan anak luar nikah hasil daripada jenayah zina telah bercanggah dengan syariat Islam. Ini kerana pelaksanaan hukuman hudud adalah wajib ke atas pemimpin.

2- Menyokong pimpinan yg tdk melaksanakan hudud. Allah SWT melarang manusia drpd menyokong org yg melakukan kezaliman iaitu org yg tdk menghukum dgn apa yg tlh diturunkan Allah.
Mereka yang menyokong pemimpin yang tidak melaksanakan hudud atau tidak melaksanakan Islam juga bercanggah dengan syariat Islam. Pimpinan yang tidak melaksanakan hukum hudud dikira sebagai zalim, ini berdasarkan firman Allah :
!$¯RÎ) $uZø9tRr& sp1uöq­G9$# $pkŽÏù Wèd ÖqçRur 4 ãNä3øts $pkÍ5 šcqŠÎ;¨Y9$# tûïÏ%©!$# (#qßJn=ór& tûïÏ%©#Ï9 (#rߊ$yd tbqŠÏY»­/§9$#ur â$t6ômF{$#ur $yJÎ/ (#qÝàÏÿósçGó$# `ÏB É=»tFÏ. «!$# (#qçR%Ÿ2ur Ïmøn=tã uä!#ypkà­ 4 Ÿxsù (#âqt±÷s? }¨$¨Y9$# Èböqt±÷z$#ur Ÿwur (#rçŽtIô±n@ ÓÉL»tƒ$t«Î/ $YYyJrO WxŠÎ=s% 4 `tBur óO©9 Oä3øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÍÍÈ [1] 
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi. Dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

Dalam surah al-Maidah ayat 45 menyebut dengan perkataan “zalim”, dan ayat 47 menyebut dengan perkataan “fasiq” yang ditujukan kepada pemimpin yang tidak melaksanakan hukuman yang telah ditetapkan Allah. Oleh yang demikian, ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa undang-undang Allah ini adalah satu kewajipan yang wajib dilaksanakan.

Maka, Allah SWT melarang manusia daripada menyokong orang yang melakukan kezaliman. Firman Allah SWT :

Ÿwur (#þqãZx.ös? n<Î) tûïÏ%©!$# (#qßJn=sß ãNä3¡¡yJtGsù â$¨Y9$# $tBur Nà6s9 `ÏiB Èbrߊ «!$# ô`ÏB uä!$uŠÏ9÷rr& ¢OèO Ÿw šcrçŽ|ÇZè? ÇÊÊÌÈ [2] 

Maksudnya: dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

3- Mereka yg berdiam diri drpd menegur pemimpin yg tdk melaksanakan hudud.

Mereka yang berdiam diri daripada menegur pemimpin yang tidak melaksanakan hudud juga telah bercanggah dengan syariat Islam kerana mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang wajib. Firman Allah SWT :

¨bÎ) tûïÏ%©!$# tbqßJçFõ3tƒ !$tB $uZø9tRr& z`ÏB ÏM»uZÉit7ø9$# 3yçlù;$#ur .`ÏB Ï÷èt/ $tB çm»¨Y¨t/ Ĩ$¨Z=Ï9 Îû É=»tGÅ3ø9$#   y7Í´¯»s9'ré& ãNåkß]yèù=tƒ ª!$# ãNåkß]yèù=tƒur šcqãZÏ軯=9$# ÇÊÎÒÈ [3] 

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

4- Mereka yg berzina.
Islam menjaga keturunan manusia iaitu mengekalkan kewujudan manusia di muka bumi. Oleh itu, Islam mengharamkan apa jua perkara yang boleh memudaratkan keturunan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung seperti berzina, liwat, lesbian, bercakap lucah, melihat perkara yang haram, mendedahkan aurat dan seumpamanya[4]. Oleh itu, mereka yang berzina bercanggah dengan maqasid syariah kerana perbuatan zina telah merosakkan kesucian keturunan dan menjatuhkan maruah individu tersebut. Firman Allah Taala:
Ÿwur (#qç/tø)s? #oTÌh9$# ( ¼çm¯RÎ) tb%x. Zpt±Ås»sù uä!$yur WxÎ6y ÇÌËÈ [5] 
Maksudnya: dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

5- Mereka yg menggugurkan kandungan tanpa sebab-sebab yg diharuskan, membunuh bayi atau membuang bayi.
Mereka yang menggugurkan kandungan yang berumur lebih daripada 120 hari tanpa sebab-sebab yang diharuskan, maka hukumnya adalah haram dan bercanggah dengan maqasid syariah dari aspek menjaga jiwa dan nyawa.
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbahasan daripada maqasid syariah di atas ialah Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) yang diwujudkan oleh mana-mana organisasi adalah bertepatan dengan syariat yang merupakan keperluan manusia. Walau bagaimanapun, ia bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk membenteras gejala zina dan pembuangan anak luar nikah. Bahkan, terdapat kewajipan yang lebih penting berbanding mewujudkan Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) ini.

1.5.3   Fiqh Muwazzanat dalam Perbahasan Ini
·                     Menjaga nyawa seseorang lbh penting drpd memikirkan kemungkinan zina lbh berleluasa disebabkan kewujudan Baby Hatch. Ini kerana, kepentingan itu dilihat lbh besar berbanding kerosakan yg mendatang. Oleh itu, Baby Hatch perlu diwujudkan.

·                     Kerosakan yg kecil tersebut (zina), perlu diselesaikan dgn hukuman hudud. Maka, melantik pemimpin yg melaksanakan hukuman Islam termasuklah hukuman hudud itu lebih utama berbanding mewujudkan Baby Hatch.
o        إذا تعارض واجبتان فإنه يقدم الآكد منها وجوبا

·                     Menjadi satu kewajipan bagi kita semua utk memperjuangkan pemimpin yg akan melaksanakan Islam. Satu-satunya cara yg ada skrg utk melantik pemimpin ialah melalui pilihanraya. Maka, mengundi semasa pilihanraya adalah wajib.
o        ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

·                     Mencegah maksiat lbh besar, lebih diutamakan daripada mencegah maksiat yang kecil. Maka, mencegah maksiat tidak melaksanakan hukuman hudud lebih wajib daripada mencegah maksiat zina atau buang anak.
o        إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا باءرتكاب أخفهما

·                     Sekiranya terdapat bentuk serangan Kristianisasi dlm penubuhan Baby Hatch ini, maka Baby Hatch di bawah organisasi Islam perlu diwujudkan. Ini kerana menyelamatkan akidah dan nyawa bayi adalah wajib dan selari dengan maqasid syariah.

·                     Penubuhan pusat yg mewujudkan Peti Pelindung Bayi (Baby Hatch) ini adalah merupakan perkara yang diperlukan segera.
o        الواجب الذي ليس له وقت محدد يحب المبادرة إلى فعله
1.6      KESIMPULAN
·         Kesimpulan yg dpt dibuat di sini ialah keutamaan yg perlu diutamakan terlebih dahulu ialah melantik pimpinan yg melaksanakan hukum-hakam Islam demi memastikan maqasid syariah terpelihara. Maka, utk melantik pemimpin seperti ini memerlukan kpd sistem gerakan Islam yg tersusun. Maka, wajib bg setiap individu muslim utk bersama dgn gerakan Islam yg berjuang utk menaikkan pimpinan Islam demi meninggikan Islam.

·         Kemudian, barulah difikirkan utk mewujudkan Baby Hatch yg diperbahaskan di sini iaitu yg selari dengan maqasid syariah. Kesemua ini tidak bertembung di antara satu sama lain. Maka, ia perlu dilakukan sekaligus tanpa mengabaikan salah satu drpdnya kerana semuanya adalah penting.


RUJUKAN

·         al-Qur’an al-Karim

·         Alwi Abdul Rahman. 1999. Jenayah Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

·         Basri bin Ibrahim dan Zulkifli bin Mohammad. 2011. Kaedah-kaedah Penting Usul Fiqh Berdasarkan Manhaj Ahli Hadis. Batu Caves, Selangor: al-Hidayah Publication.

·         Keputusan Fatwa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

·         Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho dan Ali al-Sharbaji. 2011. al-Fiqh al-Manhaji Mazhab Syafie. Jil 3. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

·         al-Suyuti, Jalal al-Din. 2010. al-Ashbah wa al-Nazair. Terj.Abu Ezzat al-Mubarak. Kaedah Usul Fiqh Imam Syafi’i. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

·         Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab. 2011. Maqasid Syariah: Cabaran dan Penyelesaian dalam Merealisasikannya. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.


·         http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan [7.00 pm, 10 Dis 2012]


·         http://www.orphancare.org/index.php/baby-hatches [11.44 am, 7 Nov 2012]

·         http://en.wikipedia.org/wiki/Baby_hatch [3.30 pm, 5 Nov 2012]





[1] al-Qur’an. al-Maidah 5: 44.
[2]  al-Qur’an.al-Huud 11: 113
[3] al-Qur’an. al-Baqarah 2: 159.
[4] Wan Mohd Nasir bin Wan Abd Wahab, 2011, hlm. 37-39.
[5] al-Qur’an. al-Isra’ 17: 32.
[6] Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : 16-17.
[8] http://alkhatab.tripod.com/bahibab3qisasfasal2per110111ampfasal3per1124 [12.40 pm, 24 Dis 2012].


UNDIAN ANDA PENENTU MASA DEPAN GENERASI AKAN DATANG.
BUATLAH UNDIAN YANG TEPAT DEMI KESEJAHTERAAN ANAK CUCU ANDA JUA..


No comments:

Post a Comment